Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Kami berazam untuk "Berbakti Ke Arah Kesempurnaan" dalam menyampaikan perkhidmatan veterinar kepada pelanggan-pelanggan kami.

  1. Komitmen kami ialah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan.
  2. Memberikan perkhidmatan yang baik berhubung dengan pencegahan, pengawalan dan pembasmian penyakit bedah siasat dan ujian penyakit dengan kadar segera bergantung kepada kepentingan kes.
  3. Menjamin tindakan dan pengawalan yang ketat dan pantas sekiranya berlaku wabak penyakit untuk mengelakkannya dari merebak dan dapat dibanteras dalam jangkamasa 14 hari.
  4. Meluluskan permohonan permit impot/ekspot yang tidak memerlukan dokumen AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh setengah jam.
  5. Meluluskan permohonan permit impot/ekspot yang memerlukan dokumen AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh 2 hari.
  6. Meluluskan permohonan lesen menternak yang telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh 15 -30 hari.