Kami berazam untuk "Berbakti Ke Arah Kesempurnaan" dalam menyampaikan perkhidmatan veterinar kepada pelanggan-pelanggan kami.

  1. Kami akan memastikan sebarang perpindahan ternakan di antara daerah-daerah atau negeri-negeri mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar untuk kawalan penyakit ternakan.
  2. Kami akan memastikan penjualan daging ternakan yang dipasarkan adalah dari abatoir yang diluluskan.
  3. Setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan ke arah penyelesaian masalah dalam masa 7 hari.
  4. Sebarang kes penyiasatan untuk tindakan akan disempurnakan dalam tempoh 14 hari selepas kes diterima.
  5. Kami akan memastikan pembangunan ladang ternakan adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
  6. Melayani dan menjawab kesemua aduan rasmi/tidak rasmi berkaitan Unit Penguatkuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima aduan rasmi tersebut.