Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Kami berazam untuk "Berbakti Ke Arah Kesempurnaan" dalam menyampaikan perkhidmatan veterinar kepada pelanggan-pelanggan kami.

  1. Kami berazam akan melayani anda untuk perkhidmatan Veterinar di pejabat dalam tempoh setengah jam dan untuk perkhidmatan luar akan diberikan pada hari yang sama atau hari berikutnya bergantung kepada kepentingan kes.
  2. Memastikan suasana perkembangan serta aliran pertumbuhan industri ternakan yang hendak dan akan dilaksanakan di peringkat daerah dengan penglibatan sektor swasta, individu-individu dan penternak tradisional dilaksanakan mengikut dasar-dasar serta peraturan Jabatan yang telah ditetapkan.
  3. Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan-cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh   30 hari daripada tarikh terima.
  4. Melayani dan menjawab kesemua aduan rasmi/tidak rasmi berkaitan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima aduan rasmi tersebut.