Majlis penyerahan sumbangan oleh Kerajaan Negeri Sembilan, melalui YB EXCO Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Negeri Sembilan, YB Dato' Ir. Hj. Bakri bin Sawir kepada Pengerusi Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP), Prof Dr Anjas Asmara bin Samsudin disaksikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr Kamarulrizal bin Mat Isa.
MSAP conference akan diadakan pada 20 Jun hingga 21 Jun 2023 di Hotel Royale Chulan Seremban.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan merupakan co-organizer bagi penganjuran program pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan Dan Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP) mengucapkan jutaan terima Kasih kepada Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan di atas kesudian memberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM3000.00 bagi melancarkan penganjuran program tahun ini.
Diharap penganjuran program pada tahun ini akan menjadi platform kepada para ilmuwan Dan golongan sasar untuk bertukar maklumat terkini dalam pembangunan industri penternakan di negeri ini.