Pengenalan

Perkhidmatan Veterinar di Negeri Sembilan yang sempurna hanya wujud pada tahun 1906 dengan perlantikan seorang Doktor Haiwan dari Britain.Sebelumnya, penternak di Negeri Sembilan diawasi oleh Doktor Haiwan yang menjaga Negeri Selangor.

Sejak dari ini, organisasi Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan terus berkembang dan ianya menjadi lebih mantap dengan perlantikan pertama seorang Doktor Haiwan dari anak tempatan pada tahun 1959.

Pemantapan Perkhidmatan Haiwan di Negeri Sembilan diteruskan dengan mengwujudkan Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Seremban yang diketuai oleh seorang Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan dibantu dengan kakitangan dari kumpulan teknikal dan perkeranian.

Di daerah – daerah pula, Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah diwujudkan, termasuk daerah Seremban ( 1930 ), Port Dickson ( 19.3.1966 ), Tampin ( 1963 ), Kuala Pilah ( 1948 ), Jelebu ( 29.10.1966 ), Rembau ( 16.10.1965 ) dan Jempol ( 1.1.1980 ).

Pegawai teknikal, termasuk Penolong Pegawai Veterinar dan/ atau Pembantu Veterinar Kanan serta kakitangan teknikal dan perkeranian telah ditempatkan di Pejabat-Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah berkenaan bagi melicinkan dan memudahkan lagi pentadbiran dan juga akttiviti- aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan haiwan.

 veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar NS Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606 - 762 8857
Faks : 06 - 762 9022
E-mel: jpvns@ns.gov.my

PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Search

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar NS

ePermohonan Veterinar
ePermohonan Veterinar

privasi