Sorotan Program Mantai Rayo 2026
Program Mantai Rayo Aidilfitri telah berlangsung pada 18 Mac 2026 di seluruh Negeri Sembilan dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta penglibatan aktif komuniti di setiap kawasan DUN di Negeri Sembilan dalam membantu rakyat membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Inisiatif ini turut memastikan bekalan daging dapat diperoleh pada harga yang berpatutan, di samping menyokong usaha kerajaan dalam mengawal harga pasaran serta meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Selain itu, program Mantai Rayo berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.
