
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimohon kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan masa menjawab Kajian Kepuasan Pelanggan bagi Perkhidmatan Kaunter Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.
Sehubungan itu, semua pelanggan yang menerima perkhidmatan di kaunter adalah dipohon untuk menjawab kaji selidik ini melalui imbasan QR Code yang disediakan.
Tempoh: Kurang daripada 2 minit
Akses: Imbas QR Code atau klik pautan https://forms.gle/iAhmBz9gDoGXTNWd9
Segala maklum balas yang diberikan amat dihargai dan akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan jabatan.
Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
