5 November 2026 | Negeri Sembilan
Bahagian Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan telah menganjurkan Taklimat Operasi dan Program Kecergasan Penguat Kuasa Veterinar Tahun 2026 bertempat di Bilik Gerakan JPVNS dan Padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.
Program ini melibatkan seramai 45 orang anggota Penguat Kuasa Veterinar dari pelbagai negeri serta turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Veterinar, Tuan Mohammad Nizam bin Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Nurul ‘Ain binti Ahmad.
Penganjuran ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk disiplin, semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga penguat kuasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Bersama Memperkasa Penguatkuasaan Veterinar Negara!
