Saksikan Video Success Story yang dibawakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bersama Puan Nur Azrin Mohd Nor, Penolong Pegawai Veterinar Daerah Kuala Pilah yang telah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang perkhidmatan veterinar.
Sepanjang dua tahun berkhidmat di Kuala Pilah, beliau aktif memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada penternak, termasuk Ladang Berek Birri, menerusi pemantauan ternakan secara berkala bagi membantu meningkatkan prestasi serta pengurusan ternakan.
Jom ikuti perkongsian beliau dalam membimbing penternak dan memastikan ilmu serta khidmat pengembangan veterinar dapat dimanfaatkan sebaiknya di lapangan.
