Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SEMBILAN

Previous Next

Ops Black Swine: Karkas dan Babi Hidup Bernilai RM351,885 Dirampas

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerusi Penguatkuasa Veterinar dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) E5 Bukit Aman telah melaksanakan Ops Black Swine di sebuah premis yang terletak di Sungai Rambai, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 4 November 2026.
 
Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Unit Operasi Khas, Tuan Mohd Shahihan bin Mohd Tahar.
Dalam serbuan berkenaan, sebanyak 8,511 kilogram karkas babi yang dianggarkan bernilai RM297,885 serta 36 ekor babi hidup yang dianggarkan bernilai RM54,000 telah dirampas, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan karkas dan babi hidup sebanyak RM351,885.
Selain itu, antara peralatan yang turut dirampas ialah 80 batang cangkuk besi, 12 bilah pisau, enam tong gas, empat dapur gas, satu unit penimbang digital dan satu unit besi penimbang.
Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Binatang 1953 dan Enakmen Pemeliharaan Babi 1980.

HUBUNGI KAMI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu,
71770 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 606 - 762 8857
Faks : 06 - 762 9022
E-mel: jpvns@ns.gov.my

JUMLAH PELAWAT

Hari Ini 0

Minggu Ini 151

Bulan Ini 151

Jumlah Pelawat 56045

PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi daripada laman ini.
Paparan terbaik dengan Chrome versi 43.0 ke atas dan minimum resolusi 1280 x 768 piksel

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Peta Laman

Search

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar NS

ePermohonan Veterinar
ePermohonan Veterinar

privasi

MyHRMIS Mobile