pcb facebook pcb instagram
Previous Next

Taklimat Operasi Dan Program Kecergasan Penguat Kuasa Veterinar Tahun 2026

5 November 2026 | Negeri Sembilan

Bahagian Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan telah menganjurkan Taklimat Operasi dan Program Kecergasan Penguat Kuasa Veterinar Tahun 2026 bertempat di Bilik Gerakan JPVNS dan Padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan seramai 45 orang anggota Penguat Kuasa Veterinar dari pelbagai negeri serta turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Veterinar, Tuan Mohammad Nizam bin Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Nurul ‘Ain binti Ahmad.

Penganjuran ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk disiplin, semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga penguat kuasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Bersama Memperkasa Penguatkuasaan Veterinar Negara!

#JPVNS #PenguatKuasaVeterinar #ProgramKecergasan2026 #ProfesionalismePenguatkuasaan #SemangatBerpasukan

HUBUNGI KAMI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu,
71770 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 606 - 762 8857
Faks : 06 - 762 9022
E-mel: jpvns@ns.gov.my

JUMLAH PELAWAT

Hari Ini 93

Minggu Ini 93

Bulan Ini 1322

Jumlah Pelawat 57216

PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi daripada laman ini.
Paparan terbaik dengan Chrome versi 43.0 ke atas dan minimum resolusi 1280 x 768 piksel

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Peta Laman

Search